Skip to main content

Amalan bila bangun tidur

AMALAN SEWAKTU BANGUN TIDUR

1. Mengusap Wajah dengan Tangan

Setelah bangun dari tidur, usaplah wajah dengan tangan agar kita sedar sepenuhnya dari tidur. “Rasulullah bangun dari tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (Riwayat Muslim)

2. Membaca Doa

Kita mestilah membaca doa selepas bangun dari tidur. Ini sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan usia kita. Rasulullah SAW apabila bangun tidur baginda berdoa yang maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Menggosok Gigi atau Bersiwak

Apabila menggosok gigi, kita akan merasa lebih segar. Malah mulut kita juga tidak berbau busuk. Nafas kita juga segar. “Adalah Rasulullah, apabila bangun malam lalu membersihkan mulutnya dengan bersiwak atau menggosok gigi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Beristinthar atau Menyuci Hidung

Rasulullah SAW menyarankan agar kita menyucikan hidung seperti menyedut air ke lubang hidung lalu dihembus semula adalah kerana sepanjang kita tidur, syaitan telah bermalam di batang hidung kita. “Apabila bangun dari tidur, maka beristintharlah tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di batang hidung.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Cuci kedua-dua Tangan Sebanyak Tiga Kali

Kita tidak tahu apa yang dilakukan ketika tidur. Maka cucilah tangan selepas tidur sebelum melakukan sesuatu. “Bila salah seorang di antara kamu bangun tidur, janganlah menyelamkan tangan ke dalam bekas, sebelum menyucikan tangan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

INILAH DIA AMALAN YANG MESTI KITA LAKUKAN SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. SEMOGA KITA DAPAT MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW INI DAN JADIKANNYA SEBAGAI AMALAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

Sumber : Majalah Asuh (Eyma Balkish)

Comments

Popular posts from this blog

(Dari whatsapp)

*Some reminders for everyday life from the Qur-an. . Don't lie (Q22:30). Don't spy (Q49:12). Don't insult (Q49:11). Don't waste (Q17:26). Feed the poor (Q22:36). Don't backbite (Q49:12). Keep your oaths (Q5:89). Don't take bribes (Q27:36). Honour your treaties (Q9:4). Restrain your anger (Q3:134). Don't spread gossip (Q24:15). Think good of others (Q24:12). Be good to guests (Q51:24-27). Don't harm believers (Q33:58). Don't be rude to parents (Q17:23). Turn away from ill speech (Q23:3). Don't make fun of others (Q49:11). Walk in a humble manner (Q25:63). Respond to evil with good (Q41:34). Don't say what you won't do (Q62:2). Keep your trusts and promises (Q23:8). Don't insult others' false gods (Q6:108). Don't deceive people in trade (Q6:152). Don't take items without right (Q3:162). Don't ask unnecessary questions (Q5:101). Don't be miserly nor extravagant (Q25:67). Don't call othe...

Checklist muslim - Ringkasan - Mukasurat 1

Percaya kepada Allah SWT Percaya kepada malaikat Percaya kepada qada' dan qadar Percaya kepada kitab2 Percaya kepada rosul-rosul Percaya kepada hari kiamat Mengucap 2 kalimah syahadah Menunaikan Solat fardhu Suboh Menunaikan Solat fardhu Zohor Menunaikan Solat fardhu 'Asar Menunaikan Solat fardhu Maghrib Menunaikan Solat fardhu 'Isya' Menunaikan Solat fardhu Jumaat Menunaikan Solat berjemaah fardhu Suboh Menunaikan Solat berjemaah fardhu Zohor Menunaikan Solat berjemaah fardhu 'Asar Menunaikan Solat berjemaah fardhu Maghrib Menunaikan Solat berjemaah fardhu 'Isya' Berpuasa fardhu pada bulan Ramadhan Membayar fardhu zakat fitrah Menunaikan haji fardhu Bersugi sebelum mengambil wudhu' Mengambil wudhu' sebelum solat Membaca doa selepas wudhu' Info : Doanya : .اَشْهَدُاَنْ لَااِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًاعَبْد...