Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Selalu muhasabah diri

Sayyidina Syaddad bin Aus meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, "Orang yang bijaksana ialah orang yang selalu melakukan muhasabah terhadap dirinya dan melakukan amalan untuk kehidupan selepas mati. Sementara orang yang bodoh ialah orang yang menurut hawa nafsunya kemudian menaruh harapan terhadap Allah SWT (semata-mata kerana Allah ialah ialah Zat Yang Maha Pengampun)." (Tirmizi). Sumber : MUNTAKHAB AHADIS HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi. No. 131

Baca : حَسّبُنَا اللّهُ وَنعْمَ الْوَكِيْل. عَلَى اللّهِ تَوَكَّلنَا

145. Sayyidina Abu Said berkata Rasulullah bersabda, "Bagaimana mungkin aku dapat bersenang-senang sedangkan malaikat peniup sangkakala telah meletakkan sangkakala dalam mulutnya dan menunggu dengan penuh perhatian bilakah dia diperintahkan untuk meniup sangkakala. Para sahabat merasakan perkara itu berat bagi mereka lalu Baginda bersabda, "Ucaplah oleh kamu, حَسّبُنَا اللّهُ وَنعْمَ الْوَكِيْل. عَلَى اللّهِ تَوَكَّلنَا (Hasbu nalla hu wa ni'mal wakiil. 'Alalla hi tawakkalnaa.) "Cukuplah Allah bagi kami, Dialah sebaik-baik tempat menyerahkan segala urusan dan kepada Allah lah kami berserah diri." (Tirmizi) Sumber : MUNTAKHAB AHADIS HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi. No. 145.

Doa Nabi Musa AS (lepas memarahi Nabi Harun AS)

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِى وَلِأَخِى وَأَدْخِلْنَا فِى رَحْمَتِكَ  ۖ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرّٰحِمِينَ qoola robbighfir lii wa li-akhii wa adkhilnaa fii rohmatika wa angta ar-hamur-roohimiin "Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani"." (QS. Al-A'raf 7: Ayat 151) * Sumber : https://quranmelayu.com

Doa mohon permudahkan hisab

اللهم حاسبني حسابا يسيرا (Alla humma haa sibni hisaa ban ya sii ro) Ya Allah, permudahkanlah hisabku. Sumber : 149. Sayyidatina Aisyah berkata, "Aku mendengar Nabi membaca doa ini dalam sebahagian solahnya, اللهم حاسيني حسابا يسيرا Ya Allah, permudahkanlah hisabku. Apabila Baginda selesai bersolah saya pun bertanya, "Wahai Nabi Allah, apakah itu hisab yang mudah?" Baginda bersabda, "(Hisab yang mudah ialah) diperhatikan pada buku amalan seseorang hamba kemudian dimaafkannya. Wahai Aisyah, sesiapa yang menghadapi soal jawab dalam penghisabannya binasalah dia." (Musnad Ahmad).

Doa Nabi Musa AS ketika ditimpa gempa

رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُمْ مِّنْ قَبْلُ وَإِيّٰىَ  ۖ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَآءُ مِنَّآ  ۖ إِنْ هِىَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَآءُ وَتَهْدِى مَنْ تَشَآءُ  ۖ أَنْتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا  ۖ وَأَنْتَ خَيْرُ الْغٰفِرِينَ robbi lau syi-ta ahlaktahum ming qoblu wa iyyaay, a tuhlikunaa bimaa fa'alas-sufahaaa-u minnaa, in hiya illaa fitnatuk, tudhillu bihaa mang tasyaaa-u wa tahdii mang tasyaaa, angta waliyyunaa faghfir lanaa war-hamnaa wa angta khoirul-ghoofiriin "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan beri...

Doa mohon keselamatan dari Covid19

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: قُلْ اَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ۙ  "Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menguasai subuh (fajar)," (QS. Al-Falaq 113: Ayat 1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ۙ  "Dari bencana/kejahatan makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;" (QS. Al-Falaq 113: Ayat 2) * Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

Doa mohon jauhkan dajjal

Doanya : اللهم إني أعود بك من عذاب جهنم، ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات، ومن شر فتنة المسيح الدجال AL-La-Hum-ma In-ni A'--UU-zu-bi-ka min 'a-zaa-bi ja-Han-nam, wa min 'azaa-bil qob-ri, wa min fit-na-til mah-yaa wal-ma-maa-ti, wa min syar-ri fitna-til ma-siy-hid daj-jal. "Ya Allah! Daku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Dajjal." Sumber : SS.Qo16

Doa mohon dihindari penyakit

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ ، وَالجُنُونِ ، والجُذَامِ ، وَسَيِّيءِ الأسْقَامِ "Allaahumma innii a'uudzu bika minal barashi, wal junuuni, wal judzaami, wa sayyi il asqoom" Artinya: "Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari penyakit belang, gila, lepra dan keburukan segala macam penyakit." H.R Abu Dawud: 1554.

Doa Nabi Musa AS - mohon kebaikan dunia dan akhirat

وَاكْتُبْ لَنَا فِى هٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الْأَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَ waktub lana fii haazihid-dun-yaa hasanataw wa fil-aakhiroti innaa hudnaaa ilaiik Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. (Sebahagian Al-A'raf 7: Ayat 156) (Sumber : https://quranmelayu.com)

Doa suami isteri bila isteri mengandung sudah sarat

اللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ ءَاتَيْتَنَا صٰلِحًا لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشّٰكِرِينَ "Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur". awalloha robbahumaa la-in aataitanaa shoolihal lanakuunanna minasy-syaakiriin. (Al-a'raf 189).

Doa mohon 3 perkara selepas solat subuh

1. Ilmu yang bermanafaat. 2. Rezeki yang baik. 3. Amalan yang diterima. اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً Terjemahan : Ya Allâh! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Sumber : https://almanhaj.or.id/4211-doa-memohon-ilmu-yang-bermanfaat.html

Ucapan bila bertemu di hari raya : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ Taqabbalallaahu minnaa wa minkum Semoga Allah menerima (amal ibadah) kami dan kamu. Ucapan balas : مِنَّا وَمِنْكُمْ تَقَبَّلْ ياَ كَرِيْمُ minna waminkum taqobbal ya karim”. “Ya Allah Yang Maha Mulia terimalah amal kami dan kamu”.

Amalan bila bangun tidur

AMALAN SEWAKTU BANGUN TIDUR 1. Mengusap Wajah dengan Tangan Setelah bangun dari tidur, usaplah wajah dengan tangan agar kita sedar sepenuhnya dari tidur. “Rasulullah bangun dari tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (Riwayat Muslim) 2. Membaca Doa Kita mestilah membaca doa selepas bangun dari tidur. Ini sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan usia kita. Rasulullah SAW apabila bangun tidur baginda berdoa yang maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 3. Menggosok Gigi atau Bersiwak Apabila menggosok gigi, kita akan merasa lebih segar. Malah mulut kita juga tidak berbau busuk. Nafas kita juga segar. “Adalah Rasulullah, apabila bangun malam lalu membersihkan mulutnya dengan bersiwak atau menggosok gigi. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 4. Beristinthar atau Menyuci Hidung Rasulullah SAW menyarankan agar kita menyucikan h...